Tuesday, April 14, 2009

APA KOMEN ANDA?

Isu PPSMI YANG SEDANG HANGAT DIPERKATAKAN...........
sampai masuk parlimen,pelbagai pihak mempunyai andaian tersendiri..
ada yang menyokong,ada yang menentang.....
masing-masing bukti yang menguatkan prinsip mereka....
tetapi pada saya,walau apa pun yang berlaku,sama ada PPSMI dimansuhkan atau terus dilaksanakan,kesannya akan berlaku ke atas pelajar-pelajar kita.......
baik buruk atau baik,pihak tertentu terutama kerajaan harus memikirkan apakah impaknya kepada pelajar-pelajar kita pada sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang.........
APA PENDAPAT ANDA?
HANTARKAN KOMEN DAN PENDAPAT ANDA.....

3 Comments:

Blogger Thoyba Mursyidah said...

sdr,
PPSMI pada saya, merupakan kesilapan besar yang disengajakan oleh Mahathir. Yang pasti, 'tikus putih'nya adalah pelajar kelahiran 1990. kesannya, kualiti pendidikan merudum dengan ditambah pula kerenah birokrasi pendidikan Malaysia. Sejarah sudah membuktikan, kejayaan sesuatu bangsa itu hanya dapat diperkukuhkan dengan penyampaian ilmu melalui bahasa ibunda...
Tapi, sekadar rengekkan sistem semata-mata. sampai bila-bila pun kita tak akan kemana. Erm, begitulah.. Tawakal lah agar bangsa kita tidak terus menempa kehancuran..

'sekadar pendapat'..wallahua'lam.

April 20, 2009 at 2:33 AM  
Blogger Thoyba Mursyidah said...

sdr,
terima kasih kerana meninggalkan jejak di 'rumah' saya. begini, lihat bangsa Yunani, berjaya dalam bidang falsafah dan dikenali seantero dunia dan kegemilangannya mengharum sehingga kini. Mereka mengekalkan bahasa ibunda dalam proses sebaran ilmu, terutamanya kepada generasi yang baru bertatih dalam dunia pendidikan.
Isu bangsa Melayu yang tidak mahu menerima perubahan atau berada di takuk lama, itu sebenarnya tidak seharusnya diangkat sebagai perkara yang relevan untuk diperdebatkan. bagi saya (yang serba dhaif ini), apakah berbaloi untuk kita 'memperjudikan' nasib bangsa semata-mata mahu dilihat sebagai manusia yang mengikut arus zaman?
Bahasa Inggeris memang tidak dapat saya nafikan kepentingannya. tetapi, bahasa ibunda tetap nombor satu. jika bukan kita, bangsa melayu sendiri yang memperjuangkan bahasa ini, siapa lagi? sudahlah sastera melayu makin merudum dan iklimnya makin lesu, percaturan menerapkan bahasa inggeris dalam sains dan matematik ini memang benar-benar 'membunuh' terus fungsi bahasa melayu.
Tiada salahnya jika Bahasa Melayu dikekalkan sebagai pertuturan sepanjang proses pembelajaran. Sistem pendidikan Malaysia sudah cukup berkesan dan sama tarafnya dengan sistem pendidikan yang punya prestijnya tersendiri. malahan, dengan bahasa ibunda, kefahaman lebih dititikberatkan- bukannya hafalan pada sesuatu silibus itu semata-semata.

wallahua'alam.

~sekadar pendapat~

April 21, 2009 at 9:42 AM  
Blogger aMieR_oDEn said...

salam..

sebagai seorang yang mpy sedikit pengalaman mengajar math n sains in english, i think dat teaching math n science in english is a new approach done bt da gov to enhance the language competency among teachers...by dat, teacher can improve their communication as well as their confidence. in stud's view, studs can develop their vocab n competency in english...but as a whole, i found dat this action cause addition workload n burden to most of them.as result, they have less understanding n got low result...so?..lets think bout it together?

May 25, 2009 at 10:34 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home