Sunday, June 27, 2010

mata siapa yang tidak pernah menangis......

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang.

Saturday, June 19, 2010

bersahabat tanpa sebab

Sy seorang lelaki. Sy jelas dan sedar sy ini seorang lelaki. Namun apabila berbicara mengenai hati dan sahabat, hati mula terdetik sayu. Bukan sedih, namun titisan air mata yg tidak diketahui punca penyebabnya. Tiap kali jika teringat akan sahabat sy, sy akan menangis. Betapa rasa bahagia jika dia berada di sisi sy, menemani sy tanpa kira masa. Biarpun dia tidak berkata-kata, namun tetap hati ini puas melihat sahabat di hadapan mata.

Adakah hati saya persis wanita?

Pernah sy dikatakan mempunyai hati seperti wanita kerana sering memikirkan sahabat sy. Ke mana dia pergi? Adakah di selamat? Mengapa dia tidak datang ke kuliah? Mengapa dia keluar makan seorang shj? Mengapa tidak ajak sy bersama nya? Terlalu banyak persoalan yg sering dimain kan oleh hati...

Adakah hati saya persis wanita?

Kerap kali sy merasakan sy hidup keseorangan. Sy tidak mempuyai hubungan rapat dgn keluarga dan saudara mara. Sy tidak berkongsi masalah dgn keluarga, tp sy sayang dan cintai keluarga sy. Bg keluarga, sy hidup dlm gembira kerana kelihatan tiada masalah. Sy selesa berkongsi masalah dgn sahabat. Namun, kadang kala, terasa diri ini seperti disisihkan oleh dia. Terasa sesuatu lain di hati bila melihat sahabat sy bersama org lain.

Adakah hati saya persis wanita?

Dia seorang yg aktif bersukan. Sy tidak. Dia seorang yg peramah. Sy rasa sy peramah, tp tidak seperti nya. Dia mempunyai aura yg mana semua org terasa akan kehadiran nya. Sy tidak. Sy hanya tersenyum bila lihat dia tersenyum. Minat kami sungguh berbeza. Lantas hati tertanya. Mengapa dia bersahabat bersama sy?

Adakah hati saya persis wanita?

Dia menjadi seorang yg sgt disayangi bila bersama sy. Sekurang-kurang nya saya merasakan begitu. Pernah kah anda rasakan sahabat anda seorang yg benar2 menjadi org yg begitu sgt disayangi, mungkin lebih daripada seorang kekasih hati.

Adakah hati saya persis wanita?

Pernah suatu ketika, dia bersama teman-teman kami yg lain nya. Dia begitu bersemangat. Peribadi dan tingkah laku nya berubah. Hyperaktif! Teruja! Adakah mungkin sy terlalu lembab buat nya? Sy risau bahawa dia akan pergi tinggalkan sy kerana 'lembab' nya sy.

Adakah hati saya persis wanita?

Dia cuba membawa sy ke dalam dunia nya. Namun sy tidak minat brmain sukan. Saya cuba membawa dia ke dunia saya. Dia serba boleh! Kami berkongsi dunia, namun sy tidak adil, kerana sy tidak brkongsi dunia nya. Adakah sy seorang yg teruk dlm bersahabat? Terasa sedih dan sayu jika sy ditinggalkan nya kerna itu.

Adakah hati saya persis wanita?

Namun sy sedar, berbeza nya kami, kami tetap bersahabat. Dialah penawar bg duka dan luka hati sy. Moga Allah kekal kan hubungan kami ini. Moga dirahmati nya. Moga kami berdua tetap berada di dalam Iman. Amin...

Inilah yg dikatakan Bersahabat Tanpa Sebab.
Tidak perlu sebab utk bersahabat.

Monday, May 31, 2010

israel kembali menunjukkan keburukannya!!






sultan muhammad al-fateh


salahuddin al-ayyubi


sudah lama tak update blog ni.tiada masa,tiada topik utk dipostkan. namun,hari ni tergerak hati nak update pabila membaca akhbar berkaitan keganasan Israel laknatullah kembali mengganas. kali ni bukan melibatkan penduduk Arab Palestin,tetapi ia sudah melibatkan nyawa rakyat Malaysia yg turut serta dalam misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.
pertama-tama sekali saya kagum dengan keberanian warga Malaysia yg turut serta dalam misi yg dikatakan berbahaya kerana peluang untuk masuk ke Tebing Gaza dikawal ketat oleh tentera pencoroboh yg tak tahu malu ini,Israel.sungguh,jiwa jihad dan semangat kental mereka tak menghiraukan semua ini asal saudara seagama mereka terpelihara darah,nyawa dan maruah mereka.kedua,terbit rasa malu yg amat sangat pabila kebanyakkan sukarelawan yg menyertai misi ini adalah BUKAN MUSLIM!! bayangkan,mereka sanggup menggadai nyawa untuk membantu insan yg bukan seagama dengan mereka! ketika ini,tertanya2 mana dia muslimin yg bersumpah setia membela agama ALLAH ini,mana dia muslim yang mengatakan bahwa Islam itu agama mereka,Islam itu indah dan sebagainya...benar kata Rasulullah SAW,pada akhir zaman nanti,umat Islam ramai umpama buih2 di lautan....
bagaimana ini boleh berlaku? kenapa Israel itu sewenang2 membunuh insan yg tak berdosa? sudah pasti,alasan mereka,"kami hanya mempertahankan rakyat dan tanah kami",satu alsan yg sangat tak masuk akal.sesudah mereka mengganyang penduduk Palestin berjuta orang,sekarang mereka ingin membunuh warga yg ingin membantu mereka.2 belum cerita pasal sekutu kuat dy,Amerika. adakah logik dengan mengatakan bahawa misi ini dikatakan membekalkan senjata sedangkan sudah terbukti bahawa misi ni adalah misi kemanusiaan,bukan misi ketenteraan!
lagi satu,adakah dengan membenci,melahirkan rasa meluat dan berdoa sahaja langkah kita? memang benar,kita x mampu.namun,ITU SAHAJAKAH??? xde cara lain lg? sungguh,bila pikir2 balik,sungguh lemah iman kita....MASYALLAH......ya ALLAH,ampunkan kami atas kelemahan,ketakutan dan rasa pengecut kami untuk membela saudara kami.....
tggu sebentar,BUKANKAH KITA INI SEORANG GURU? aik,pe kene mengena? teringat pada sejarah kegemilangan Islam yg melahirkan ramai tokoh2 yg hebat.sangat ramai. Salahuddin al-Ayyubi,penakluk Baitulmaqdis yg merampas kembali tanah suci ini drpd tentera salib Kristian.perlu ingat,Salahuddin ini bukan orang Arab Palestin,tapi orang Kurdish.namun,dia dpt satukan seluruh umat Islam untuk merampas kembali Baitulmaqdis.kita? "eleh,negara kita aman.2 negara dorang,biarlah,doa2 sudah.....," Sultan Muhammad al-Fateh,penakluk kota Constantinopel,kota yg paling kukuh dan tidak mungkin ditembusi mana2 kuasa besar di dunia,menakluk kota yg hebat ini pada umur 21 tahun!! ehem2,sebaya ngn kita kan kalo dia hidup lagi? kita? "brader,enjoy dulu lah.nanti baru tobat,"
xguna menyesal.tokoh2 ini sudah tiada.kalau mereka maseh hidup,tentu mereka akan merasa malu kerana satu ketika dahulu,Islam berada di puncak tapi sekarang Islam dipijak-pijak!
satu peringatan,tokoh2 ini hebat kerana apa? salah satunya ialah GURU! mereka mempunyai guru yg murabbi.sebab 2 mereka jadi org yg hebat.jadi,apa kata jika mulai saat ini,kita berjanji pada diri kita sendiri,mari kita didik anak bangsa kita menjadi insan yg bakal menggantikan tokoh2 ini.
kepada guru2 dan bakal guru,mari kita lafazkan janji ini.kita akan melahirkan Salahuddin Al-ayyubi,kita lahirkan Sultan Muhammad al-Fateh,kita lahirkan insan yg seperti Tariq bin Ziyad,kita tanamkan dalam jiwa anak murid kita sifat2 tokoh2 ini..yaa,mungkin pada saat ini Israel laknatullah itu tersenyum dan ketawa,tapi kita tunjukkan mereka,pengganti Salahuddin,penerus kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh,pembakar semangat Tariq bin Ziyad dengan tugas kita! kita jadikan tugas kita sebagai pendidik sebagai jihad untuk menegakkan kembali syiar Islam. ingat! Yahudi Zionis kutuk itu xkan selesai jika maseh terdapat walau seorang muslimin di dunia ini.mereka tidak akan selesai sehingga hancur Islam dari muka bumi.
JIKA PADA HARI INI MEREKA BOLEH MENGGANAS DAN MENGHANCURKAN NEGARA ORANG LAIN,PASTI,SATU SAAT NANTI MEREKA AKAN DATANG MENGHANCURKAN NEGARA KITA.....
renung2 kan....

Sunday, May 9, 2010

kisah ibu menangis

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

“Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

Saturday, May 8, 2010

ibu kita sangat hebat!! ( ^_^)

diriwayatkan dari ibnu Umar, pada suatu hari seorang pemuda datang berjumpa Rasullullah SAW dan bertanya," ya Rasullullah, aku mempunyai seorang ibu yang telah tua. tapi aku selalu berada di sisinya dan tidak pernah meninggalkannya.aku selalu membantunya dan tidak pernah menghampakannya. adakah segala perbuatanku itu telah dapat menebus segala pengorbanan ibuku?", Rasullullah menjawab," tidak sama sekali.malah segala perbuatanmu itu tidak dapat membalas jasa ibumu walau SATU HEMBUSAN NAFASNYA KETIKA KESAKITAN MELAHIRKANMU....".....
Subhanallah......besar pengorbanan seorang ibu....beruntunglah wanita kerana dapat menjadi ibu....
'tangan yang menghayun buaian bisa menggegar dunia'.... menyoroti hampir 20 tahun mengharungi hidup ni,xpena sekali pon walau sesaat ibu melupakan kita.dia sentiasa ingat kita malah mendoakan kita. kajian psikologi mengatakan bahawa ada satu tarikan kuat antara ibu dan anaknya,sehinggakan jika anak berjauhan dengan ibu,dia sedang menangis,maka ibu akan turut merasai kesedihan itu....
teringat satu kisah ketika berada di alam persekolahan,masa duk asrama, ad seorang senior cerita psl senior dy dulu(kiranyer supersenior sy la 2..),dy ni ad satu perangai pelik.masa nak makan kt dewan makan,dy mesti sedih sampai meleleh air mata dy.punyer la pelik dorang tgk mamat ni.bila ditanyer pasal pe jd mcm 2, dy kata,"aku teringat kat keluarga aku.aku kat sini makan sedap2..tapi keluarga aku ntah makan ntah tidak.silap2 xmakan hari ni..."
Masyaallah....sampai mcm 2 skali....cuba pikir,bape ramai org ingat kt famili dy? n bape ramai ingat kat mak dy? n bape ramai YANG MENDOAKAN KESEJAHTERAAN MEREKA? Rasullullah ada mengatakan bahawa antara doa yang paling cepat dimakbulkan ALLAH ialah doa anak yg soleh kpd ibu bapanya dan doa ibu kepada anaknya...
saya maseh teringat akan satu cerita benar berkenaan ibu dan anaknya.satu scene tunjuk pasal ibu cerita masa dy bersalin anaknya.dy kata,"kalau mak xsayang kamu,xpeduli kamu,kamu xkan lahir kat dunia ni.mak xkn lahirkan kamu.kalau mak xsyg kamu,da lama kamu mati.mak xyah susah2 besarkan kamu,susukan kamu,bagi kamu apa yg kamu nak.itu kalau mak kejam dan zalim pada diri mak sendiri.tapi mak xmcm 2.mak sangat2 sygkan kamu sampai mak hampir mati masa nak lahirkan kamu.mak anggap kamu mcm nyawa mak sendiri..." satu kata2 yg agak menyentak jiwa....
sedarkah bahawa setiap saat dlm hidup kita,ibu kita xpena lupakan kita? taukah pe yg ibu kita ngah wat? mungkin, kalau masa ni kita tgh sedap membuta,ibu kita bangun solat tahajud dan berdoa,n doa yg first sekali ditujukan ialah kepada sapa? xlen xbkn, anak2nya iaitu kita. mungkin,ngah kita sedap2 mamah KFC or McD, mak kita xmkn sebab nak save duit nak bagi kat kita.mungkin, masa kita ngah syok bersuka ria,ibu kita mengalirkan air mata sebab ingat dan risau kat anaknya...
semua ibu di dunia ini sangat hebat.bukan sahaja mereka melahirkan insan2 yg hebat,malah jasa mereka dan pengorbanan sangat xternilai. sape manusia kt dunia ni sanggup tahan sakit 9 bulan sebab kita? sape yg sanggup basuh najis kita masa kita kecik? sape sanggup bersusah payah seumur hidup hanya kerana kita?
terlalu besar pengorbanan ibu.kalo nak tulis,sampai bila2 xabis. lets think about this:

"kalau emak sanggup bersusah payah kerana kita,kenapa kita tidak boleh bersungguh2 untuk diri sendiri? mak kita sangat hebat,kenapa kita tidak boleh menjadi hebat? ALLAH bagi kita insan yang sangat hebat ini, kenapa kita masih berasa tidak ada seorang pun yang sayangkan kita di dunia ni dan tidak mensyukuri nikmat-NYA??"

those who view this post,lets us pray to our beloved mother:
"oo ALLAH,thank you so much because YOU sent us a person that are very brave,kind,and loving.oo ALLAH,we thank YOU so much because we have a mother that are willing to sacrifice for us.oo ALLAH,please do protect our mother, bless her each time of their life, be kind for every second of their life. oo ALLAH,do not let our mother lonely,dont see them in anger but treat them in your al-Rahman and al-Rahim,please accept their do'a,please accept their apologies,please guide them to the truth..oo ALLAH, please do not make them cry because if they cry, we will feel it too.do not make this astonishing person in our life sad.oo ALLAH,send our regards and this words and whisper it to their heart,"mother,i am proud of you.i will never dissapoint you.your are the most amazing creature i have ever met.you are great,mother..", oo ALLAH,do accept our do'a..."
AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN........

Friday, May 7, 2010

sesungguhnya air mata kamu itu sangat bernilai.....

mengapakah MANUSIA MENANGIS? apa yg disebabkan kita untuk menangis?mengapa kita perlu menangis? persoalan yg nampak mudah, namun sukar untuk dijelaskan..mungkin kerana ia subjektif..ramai orang menangis kerana beberapa sebab dan sudah pasti SEMUA MANUSIA MENANGIS....kita makhluk ALLAH yang lemah, maka wajar kalau kita sedih dan menangis...namun,apa sebenarnya SEBAB UTAMA ALLAH MENJADIKAN KITA MAKHLUK YANG BOLEH MENANGIS??
lihat saja dari segi perspektif Islam...menangis itu satu perkara mulia....aikk?? mulia? ye ke? pena kita dengar cerita tentang manusia paling hebat di dunia, MUHAMMAD SAW menangis? suda tentu...mengapa insan hebat ini menangis? tingginya darjat tangisan kita sehinggakan ia dapat MEMADAMKAN API NERAKA.....Subhanallah...dengan air mata je...TAPI,INGAT, ia adalah tangisan mengenang dosa dan azab ALLAH....
dari sudut psikologi,menangis merupakan satu terapi yang digunakan ahli psikologi dan kaunselor untuk meredakan perasaan yg kucar-kacir.jika kita menangis,maka ia akan meredakan masalah kita.....

NAMUN....
KITA SERING MENANGIS KERANA ORANG LAIN.....errr...masalah ke? TANGISAN KITA AKAN MENJADI SIA-SIA KALAU MENANGIS BUKAN KERANA ORANG DI BAWAH:
1) ibu bapa kita
2) adik beradik kita
3)keluarga sanak saudara kita
3) sahabat yg sangat baik ngn kita
4) orang yg kita banyak sakitkan hatinya

see? aik,boipren @girlpren xd ke? hehehehe...bukan nak strerotaip eh,but mmg sedih kalo gadoh ngn org yg kita syg n clash...but,sumtime org jadi lemah bila nanges psl kekasih.....ADAKAH MENANGIS ITU ALLAH JADIKAN UNTUK TUNJUK YG KITA NI LEMAH,LEMAU DAN LEMBIK??? tidak...no,no,no....WE CRY BECAUSE WE NEED TO STRENGTHEN OURSELVES,NOT BECAUSE WE ARE WEAKEN BY CRYING.....kalo kita clash,nanges je memanjang.....leh ke org yg kita syg 2 dtg balek? hmmm....ntah la...teringat seorang guru pernah berkata,kalau kamu sedih,menangislah,namun esok jgn sesekali menangis kerana tangisan itu hanya untuk semalam....so,kuatkan hati and say to ourselves," i cry not because i weak,but because i have strength" insyaallah....kita akan jadi kuat...lebih baik kita menanges kenangkan kawan2 yg banyak bantu mereka kerana merekalah kita kuat sampai skang,menanges kerana ibu bapa sebab kita banyak wat salah dan MENANGIS KERANA DIRI SENDIRI SEBAB BIARKAN TANGISAN KITA GUGUR TANPA NILAI.....

"sekeras-keras hati manusia,ia akan menjadi lembut kerana tangisan....wanita makhluk yang indah kerana ia lembut,maka sebab itu ia mudah menangis....lelaki makhluk yang hebat kerana walaupun gagah,ia menangis kerana ia berasa lemah di depan Tuhan..."

p/s: mungkin akan bersambung di post yg akan dtg..insyaallah....

Wednesday, March 24, 2010

sebingkis doa untuk direnung dan diamal bersama...

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.