Wednesday, February 3, 2010

untuk wanita@perempuan@girl@kaum hawa

kau digelar sebagai penyeri dunia
hadirmu melengkap hubungan manusia
bukan sahaja dirindui yang biasa
malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

akalmu senipis bilahan rambut
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
jua hatimu bak kaca yang rapuh
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat dibahu untuk dilindungi
dekat jua di hati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi

mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnya dari kayu yang bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk

didiklah wanita dengan keimanan
bukannya harta ataupun pujian
kelak tidak derita berharap pada yang binasa

engkaulah wanita istimewa

sedarilah insan istimewa
bahawa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua penghinaan dari Tuhan
bahkan sebagai hiasan kecantikan

Labels:

1 Comments:

Blogger mayrulez said...

lirik dari kump De Hearty.aku dgr masa bdk kelas aku wat presentation...nice song...
for the gentlemen: appreciate women,they are the world most precious diamond...
for the ladies:remember,you are women,penyeri dunia dan syurga(pada suami),paling senang wat pahala,paling senang wat dosa....
renung2 kan bersama.....

February 3, 2010 at 8:22 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home